SRITA (Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al-Aminiah Bertam)
Pra Tahfiz
Program Pra Tahfiz merupakan program yang dibangunkan untuk anak-anak yang berumur 4 tahun sehingga 6 tahun. Anak-anak yang mengikuti program pendidikan Pra Tahfiz bukan sahaja cemerlang dalam bidang tahfiz, tetapi juga mampu menguasai akademik dengan baik.
Kurikulum
Akademik | Agama/Diniah | Tahfiz |
---|---|---|
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris Sains Matematik Ketatanegaraan Mengikut kurikulum KSPK (Semakan 2017) | Bahasa Arab
Tulisan Jawi Tajwid Pendidikan Islam | Mempunyai 3 tahap :
Tahap 1 – Tahap 3 Yang merangkumi : Fardhu Ain Hafazan Doa – doa Hafazan Zikir – zikir Hafazan Surah Lazim |
Tahfiz Akademik
Program Tahfiz Akademik menjalankan kurikulum standard Kementerian Pelajaran Malaysia yang merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kurikulum KAFA serta Pondok Derang.
Kurikulum
Pelajar Tahfiz Akademik diperingkat Ibtida’e akan mula menguasai hafazan Al Quran sebanyak 5 juzuk setahun. Setelah menguasai 5 juzuk pelajar tersebut akan melalui peperiksaan syahadah Sijil Tahfiz di Kolej Islam Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) bagi setiap 5 juzuk hafazan. Para pelajar Ibtidai’e perlu menghabiskan 30 juzuk hafazan Al Quran selama 6 tahun. Di peringkat Ibtida’e para pelajar meneruskan pembelajaran akademik seperti biasa.
Akademik | Agama/Diniah | Tahfiz |
---|---|---|
Sains
Matematik Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Kurikulum KSSR | Tajwid
Feqah Tauhid Sirah Akhlak Tulisan Jawi Bahasa Arab Kurikulum KAFA | 5 Juzuk Setahun
Mengikut peperiksaan kitab |
Tahfiz Separuh Masa
Tahfiz separuh masa ialah satu pelajaran yang membantu para ibu bapa menguruskan anak-anak mereka yang berumur 7 tahun sehingga 14 tahun yang berkonsepkan penjagaan serta pendidikan berteraskan agama dan tahfiz bagi memenuhi keperluan bagi ibu bapa yang rata-ratanya bekerja.
Kurikulum
Tahfiz separuh masa menyediakan program pendidikan Tahfiz dan kurikulum KAFA bagi membantu anak-anak ini menguasai Al Quran serta mahir di dalam penulisan jawi.
Modul Agama | Modul Tahfiz |
---|---|
Tauhid
Tajwid Feqah Sirah Al-Quran Bahasa Arab Tulisan Jawi Akhlak Penghayatan Cara Hidup Islam Kurikulum KAFA | Mempunyai 3 tahap :
Tahap 1 – Tahap 3 Yang merangkumi : Fardhu Ain Hafazan Doa – doa Hafazan Zikir – zikir Hafazan Surah Lazim |
Tahfiz Vokasional
Tahfiz vokasiobal (ibtidaie) merupakan tahfiz sepenuh masa yang mengambil murid berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Aliran ini tidak mempunyai UPSR dan UPKK tetapi hanya menekankan tahfiz sahaja, namun begitu matapelajaran akademik seperti bahasa melayu, bahasa inggeris, sains dan matematik tetap diberikan dan sedikit matapelajaran agama iaitu bahasa arab,jawi dan tajwid.
Kurikulum
Kurikulum tahfiz vokasional dibangunkan untuk membantu anak-anak yang berminat tahfiz secara intensif tanpa diberikan penekanan kepada matapelajaran akademik & agama.
Tahfiz | Agama/Diniah | Akademik |
---|---|---|
Hafal Al-Quran 30 Juzuk
Mengikut peperiksaan kitab | Tulisan jawi
Bahasa Arab Tajwid Pendidikan Islam | Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris Sains Matematik Linus |