Pra Tahfiz
Program Pra Tahfiz
Program Pra Tahfiz merupakan program yang dibangunkan untuk anak – anak yang berumur 4 tahun sehingga 6 tahun. Anak – anak yang mengikuti program pendidikan PRA Tahfiz bukan sahaja cemerlang didalam bidang tahfiz ,tetapi juga mampu menguasai akademik dengan baik. Program pendidikan PRA TAHFIZ mempunyai kurikulum tahfiz, agama dan kurikulum akademik seperti berikut :
- Modul Akademik & Modul Agama (4 tahun).
- Modul Akademik & Modul Agama (5 tahun).
- Modul Akademik & Modul Agama (6 tahun).
- Modul Tahfiz 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun.
- Rekod Bacaan Iqra & Bacaan Al Quran 4, 5 dan 6 tahun.
Program PRA Tahfiz yang memberi penekanan hafazan Al Quran diperingkat awal bermula dari anak – anak berumur 4 tahun mampu melahirkan para huffaz cilik dikalangan masyarakat. Program PRA Tahfiz juga lebih memberi fokustentang adab pergaulan dan penjagaan aurat anak-anak lelaki dan perempuan.
Pembelajaran hafazan Al – Quran dilakukan walaupun kanak – kanak tersebut masih belum boleh membaca Al quran menggunakan kaedah tartil qubra mengikut bacaan dari para guru sehingga melahirkan para pelajar yang mana mampu menghafal bacaan Al – Quran dengan baik.
Di PRA Tahfiz juga , di ajar pendidikan terhadap pergaulan diantara pelajar lelaki dan perempuan digariskan agar anak – anak ini memahami batas – batas pergaulan diantara mereka. Pihak pengurusan merasakan suasana ini perlu diasuh dan diajar supaya anak-anak lebih faham dan menjaga pergaulan mereka semenjak kecil. Ini kerana hasil pergaulan yang tidak dididik dengan peradaban yang sempurna mampu menimbulkan banyak masalah sosial dan keruntuhan akhlak. Dengan penerapan adap pergaulan serta tatacara kehidupan yang berdisiplin membantu anak-anak ini lebih faham tentang tatacara pergaulan serta cara hidup Islam yang sebenar.
Hasil pendidikan agama serta akademik yang seimbang ini ,maka lahirlah generasi baru yang mampu mencipta kembali ketamadunan ummah terutamanya di Negara kita Malaysia. Anak – anak yang menghafal Al Quran ini InsyaAllah akan lebih berintegriti serta berkualiti dalam mentadbir urus bidang yang mereka ceburi dimasa hadapan. Anak – anak kecil ini juga diisi dengan ilmu akhlak yang mengajar mereka tahu tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa mereka. Semoga usaha ini mendapat perhatian daripada pihak yang berkaitan dalam membantu terbinanya sebuah sekolah yang akan melahirkan lebih ramai para huffaz cilik dari program pendidikan PRA Tahfiz ini.